Quotes from Shahnon Ahmad
Kuku besi perlu mencakar kerana kalau tidak mencakar, dia bukan lagi kuku besi
~ Shahnon Ahmad
BazillionQuotes.com
Kenangan lama memang manis dan nyaman. Dan, kadang-kadang bergelora juga dengan gelombang-gelombang. Tetapi hanya itulah sahaja yang wujud sekarang ini. Sebuah kenangan adalah sebuah rahmat yang sulit dibuang. Ia memberi kesejahteraan di waktu-waktu seperti sekarang.
~ Shahnon Ahmad
BazillionQuotes.com
Malu kepada diri sendiri lebih hebat daripada malu kepada orang lain. Malu kepada orang lain boleh juga melarikan diri, tetapi malu kepada diri sendiri, ke kuburlah habis riwayat.
~ Shahnon Ahmad
BazillionQuotes.com
Jadi gitu saja. Minta doa supaya rimba itu jadi huma. Besok minta doa lagi supaya semuanya tumbuh pisang, tumbuh serba tuk nenek. Lusa minta doa lagi supaya serba tuk nenek itu masuk melompat masuk bakul.
~ Shahnon Ahmad
BazillionQuotes.com
